Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Vietnam Wujud Klinik Khas...

BANDARAYA HO CHI MINH - Pusat Perubatan Universiti Bandaraya Ho Chi Minh pada...

Pemuda Maut Terkena Tembakan...

KUCHING - Seorang pemuda maut, dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan rakannya, ketika berburu...

Khairy, Ekuestrian Polo Malaysia...

PUTRAJAYA - Skuad ekuestrian polo Malaysia terus pamer aksi cemerlang selepas memastikan kemenangan...

Angkasa Mahu Libat Aktif...

KLANG - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) bercadang memperluaskan penglibatan koperasi dalam...

Mahathir Dijangka Menghadap Agong Lewat Petang Ini

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, lewat petang ini.

Sumber memberitahu, Ahli Parlimen akan ke istana terlebih dahulu sebelum ketibaan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, sumber itu tidak memperincikan jam Dr. Mahathir dijangka tiba.

“(Dr. Mahathir)… sedang bersiap menuju ke sana (Istana Negara).

“Namun, MP (Ahli Parlimen) akan pergi dahulu (ke istana). Tun M (Dr Mahathir) kemudian,” katanya kepada BH.

Terdahulu, lebih 20 kenderaan golongan kenamaan (VIP) dilihat memasuki pekarangan Istana Negara.


Kenderaan jenis Proton Perdana dan Toyota Alphard itu dilihat memasuki Istana Negara pada jam 5.35 petang, namun bukan melalui pintu utama.

Sekumpulan media berkumpul di Istana Negara sejak jam 2 petang tadi sebagai persediaan menunggu ketibaan Dr. Mahathir yang dikatakan akan menemui Yang di-Pertuan Agong.

Ia susulan beberapa mesej yang tular dalam WhatsApp, pagi tadi, mendakwa Dr. Mahathir dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, akan ke Istana Negara pada jam 3 petang tadi. – BH Online

Kategori