Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PM Britain Terselamat Undi...

LONDON - Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menang dalam undi tidak percaya terhadapnya...

El-Nino: JLKN Dapatkan Nasihat...

KUALA LUMPUR - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mendapatkan pandangan agensi berkaitan...

“Ini Janggut Rajinikanth Bukan...

"INI bukan janggut Taliban, tuan-tuan. Ini janggut Rajinikanth (pelakon terkenal India),” kata Ahli...

SPRM Kena Jelas Isu...

1. SPRM dan bosnya Datuk Seri Shukri wajib mendedahkan benarkah seorang Pegawai gred...

Mahathir, Ketua Hakim Negara Menghadap Agong

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi ini, dipercayai berkaitan isu politik semasa.

Yang turut dilapor akan berbuat demikian adalah Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat pada jam 11.45 pagi. Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri atau Istana Negara berkaitan perkara berkenaan.

Pada sebelah petang, Dr. Mahathir akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di Putrajaya yang dijadual pada jam 3 petang yang dirangka kerajaan bagi menangani impak penularan COVID-19.

Semalam, semua 222 Ahli Parlimen selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan pendirian dan sokongan kepada pihak tertentu untuk membentuk kerajaan baharu susulan peletakan jawatan Dr. Mahathir pada Selasa lalu. – BH Online

Kategori