Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Dua Calon Pembangkang Bakal...

LUNDU - Persaingan berat sebelah yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendominasi kempen pilihan...

Anwar Dikejarkan Ke HKL...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Pakatan Harapan dan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri...

Kurang 1,000 Syarikat Di...

KOTA KINABALU - Kastam Diraja Sabah sudah mengenal pasti kurang 1,000 syarikat yang...

Lelaki Bersenjata Ada Dokumen...

KUALA LUMPUR -  Sekalipun belum ada butiran yang lebih lanjut mengenai berita ini,...

Majoriti Tolak Kerjasama Muafakat Nasional Dengan Mahathir

SHAH ALAM – Majoriti rakyat menolak cadangan Muafakat Nasional untuk bekerjasama dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Berdasarkan tinjauan pendapat yang dilakukan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di laman sosial Facebooknya Isnin lalu, mereka juga menolak sekiranya Muafakat Nasional dan Dr. Mahathir mahu bekerjasama dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Asyraf Wajdi berkata, seramai 102,000 netizen membuat undian dan 56 peratus daripadanya menolak cadangan itu manakala 44 peratus lagi menyifatkan sebagai wajar.

“Terima kasih kepada lebih 102,000 orang yang telah mengundi dan hampir 10,000 yang memberikan komentar terhadap tinjauan pendapat ini.

“Dari semua komentar dan pandangan dapatlah dirumuskan beberapa dapatan yang antara lain tidak bersetuju Muafakat Nasional menjalin sebarang kerjasama dengan kedua mereka termasuk bersama parti DAP,” katanya menerusi statusnya yang dimuat naik di akaun Facebook beliau semalam.

Isnin lalu, Asyraf memuat naik posting tinjauan pendapat bertajuk, Wajarkah Muafakat Nasional bersama dengan Tun Dr. Mahathir, menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP?


Beliau berkata, hasil dapatan itu juga mendapati, rakyat tidak mahu Muafakat Nasional menjalinkan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak seandainya ia ada kaitan dengan DAP.

“Mereka mahukan Muafakat Nasional (penyatuan UMNO dan PAS) diperkasa dan diperkukuhkan bagi mewakili suara rakyat tanpa menjadi alat mana-mana pihak.

“Terima kasih kepada semua yang mengundi dan berkongsi pandangan,” katanya. – Sinar Harian

Kategori