Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tindakan Diambil Ke Atas...

PUTRAJAYA - Tindakan sewajarnya terhadap pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan hingga menjejaskan kepentingan...

Isu Ganja Curi Tumpuan...

KUALA LUMPUR – Isu cadangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor...

Itik Serati, Ayam Kampung...

PASIR MAS - Itik serati dan ayam kampung salai antara juadah yang mendapat...

Liga Super: Selangor Mahu...

KUALA LUMPUR – Selangor tekad memastikan kemarau tujuh tahun tanpa kemenangan ke atas...

Maklumat Dalam Gambar Tak Tepat

GAMBAR memaparkan sebahagian borang yang meminta penyenaraian kekuatan pegawai dan anggota polis bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang tular di media sosial adalah tidak tepat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, penugasan yang dimaksudkan adalah untuk menjaga keamanan dan bukannya bagi pilihan raya umum.

“Siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti mereka yang menyebarkannya.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menyebarkan perkara ini kerana siasatan mengenainya sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, gambar berkenaan yang memaparkan arahan pemakluman bertarikh 26 Februari tular di media sosial sejak malam tadi.

Berdasarkan gambar itu, semua ketua balai di daerah Gombak diminta untuk menyenaraikan kekuatan keseluruhan pegawai, anggota dan penjawat awam di bahagian, cawangan serta balai masing-masing. – myMetro Online

Kategori