Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Fitnah Projek ECRL Dijaja...

KUALA LUMPUR – Fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung harga projek landasan...

Pembubaran Umpama Hukuman Kepada...

UNIT Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO tidak bersetuju tindakan kerajaan memansuhkan Majlis Profesor...

Parlimen Sri Lanka Buat...

COLOMBO - Mahkamah Agung Sri Lanka semalam menolak pembubaran Parlimen oleh Presiden Maithripala...

6 Lagi Kematian Akibat...

PUTRAJAYA - Enam lagi kematian membabitkan pesakit COVID-19 dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

KUALA LUMPUR – Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di Wuhan, China.

Menurut kenyataan Malindo Air hari ini, penerbangan itu adalah bagi laluan Kota Kinabalu – Tianjin – Kota Kinabalu berkuat kuasa bagi tempoh sementara iaitu 1 hingga 29 Februari ini dan Johor Bahru – Guangzhou – Johor Baru berkuat kuasa 11 hingga 29 Februari ini.

Syarikat penerbangan itu sebelum ini mengumumkan penggantungan sementara perkhidmatan tiga kali seminggu antara Kota Kinabalu dan Wuhan berkuat kuasa 24 Januari 2020 sehingga makluman selanjutnya.

Malindo Air mengendalikan tiga penerbangan mingguan antara Kota Kinabalu dan Tianjin dan tiga lagi penerbangan mingguan antara Johor Bahru dan Guangzhou.

“Penumpang yang mempunyai tempahan sah bagi perjalanan antara Kota Kinabalu dan Tianjin serta bagi laluan Johor Bahru dan Guangzhou boleh menghubungi kami di nombor +603-78415388 atau mengunjungi pejabat tiket bagi bantuan lanjut.


“Malindo Air juga akan terus memantau situasi di China kerana keselamatan penumpang dan pekerja sememangnya menjadi keutamaan kami,” katanya.

Syarikat penerbangan akan turut memaklumkan sebarang perkembangan kepada penumpang menerusi laman sesawang Malindo Air.

Kategori