SERI KEMBANGAN – Kenderaan membawa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, keluar dari kediaman Tun Dr. Mahathir Mohamad di The Mines, jam 9.37 pagi ini.
Beliau dipercayai akan mengadakan pertemuan tertutup bersama empat presiden parti iaitu UMNO, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN).
Bagaimanapun, lokasi pertemuan belum dapat dipastikan. – BH Online