Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Najib Terkejut Pendedahan SPRM

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mengaku terkejut dengan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan...

Gempa Kuat 6.7 Magnitud...

SANTIAGO - Gempa bumi berukuran 6.7 magnitud melanda wilayah yang bersempadan antara Chile...

Setahun Tempoh Sesuaikan Kasut...

KLUANG - Tempoh kelonggaran setahun akan diberikan terhadap pelaksanaan pemakaian kasut hitam yang...

Timbalan Menteri Luar Ketuai...

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Marzuki Yahya akan memimpin delegasi Malaysia...

Mujahid Adakan Pertemuan Dengan SKMM Isu Sajat

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof hari ini mengadakan pertemuan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) susulan isu membabitkan perilaku usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat di Makkah.

Dalam kenyataan hari ini, Mujahid berkata, pertemuan bersama SKMM itu bertujuan agar tindakan segera dapat diambil ekoran pelbagai video dan gambar yang dimuat naik Muhammad Sajad yang mengenakan pakaian jemaah wanita ketika menunaikan umrah, tular di media sosial.

ā€œSaya akan mengambil tindakan tegas tentang perbuatan Muhammad Sajad Kamaruzzaman yang memuat naik video dan gambar mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Makkah sehingga tular di media sosial yang menimbulkan ketidakselesaan umat Islam.

ā€œTindakan segera akan diambil oleh SKMM,ā€ katanya selepas mengadakan pertemuan itu di pejabatnya di Kompleks Islam Putrajaya.

Beliau menjelaskan bahawa tindakan segera mengadakan pertemuan bersama SKMM adalah kerana suruhanjaya itu mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana media sosial yang memuat naik kandungan yang menimbulkan rasa tidak selesa khususnya kepada umat Islam.


Mujahid turut mengadakan pertemuan bersama agensi pelancongan umrah, Albayt Travel (M) Sdn. Bhd. yang membawa Muhammad Sajad dan keluarganya ke Tanah Suci bagi mengetahui situasi sebenar di Makkah.

Selepas berbincang dengan agensi itu, Mujahid memaklumkan bahawa Muhammad Sajad perlu mengerjakan ibadah umrah sebagai seorang lelaki berdasarkan keputusan fatwa muzakarah haji berhubung isu melibatkan ibadah haji atau umrah oleh golongan mukhannas.

ā€œKami berpegang kepada fatwa muzakarah haji yang terang dan jelas (menyebut) kekal seseorang yang asal gendernya lelaki, maka segala hukum hakam (untuk mengerjakan haji atau umrah) hendaklah mengikut hukum asal kejadian dirinya,ā€ kata beliau.

Kategori