Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Kesan Individu Tinggal...

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan ibu bapa, yang meninggalkan seorang bayi perempuan...

Peniaga Naikkan Harga Sebelum...

KLUANG - Peniaga yang menaikkan harga barangan sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

NGO Minta Jakim Pantau...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) menggesa pihak berkuasa `turun padang'...

Bom Lama Ditemui Di...

SARIKEI – Sebutir bom dipercayai tinggalan era perang dunia kedua yang masih aktif...

Najib Lafaz Sumpah Di Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak melafazkan sumpah dengan nama Tuhan di Mahkamah Tinggi hari ini, bahawa beliau tidak pernah mengarahkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. dipindahkan ke dalam akaun peribadinya.

Ahli Parlimen Pekan itu melafazkan sumpah berkenaan dalam bahasa Arab ketika menjawab soalan peguam Farhan Read pada sesi pemeriksaan semula.

“Wallahi, wabillahi, watallahi,” kata Najib ketika menjelaskan mengenai penafian beliau mengenai dakwaan dia mengarahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil memindahkan wang terbabit ke dalam akaun peribadinya.

Menjelaskan lanjut mengenai perkara itu, Najib berkata, beliau tidak pernah mengarahkan Nik Faisal berbuat arahan itu, malah tiada bukti yang menunjukkan beliau pernah berbuat demikian.

“Tidak ada bukti yang menunjukkan saya membuat arahan itu dan tidak ada saksi yang tampil memberikan keterangan mengenainya,” kata Najib.

Prosiding bela diri kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 dihadapi Najib bersambung petang ini. – BH Online

Kategori