Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Peluang Terbaik Berdepan Pasukan...

KUALA LUMPUR - Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia dari 4 hingga...

Juanda: Politik Baharu Tidak...

KUCHING - "Politik baharu tidak semestinya diteraju lapisan muda, yang penting amanah dan...

Wanita PKR Kritik Kewujudan...

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengkritik kewujudan pusat sehenti penjualan...

Model Peraga Fesyen Victoria...

SEBELUM ini pernahkah anda melihat model katalog dalam sesebuah penerbitan majalah fesyen khasnya,...

Pemegang Ijazah Palsu Perlu Letak Jawatan – Dr. Rais

PENGERUSI Biro Dasar dan Strategi BERSATU, Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff, mahu para pemimpin PH yang memegang sijil dan ijazah palsu agar meletak jawatan dari kerajaan segera.

Gesaan itu dibuat beliau melalui akaun Twitter peribadinya awal pagi tadi.

“Ini sesuatu yang sangat memalukan dan dibenarkan berterusan,” katanya.

Isu yang pernah hangat tahun lalu itu antaranya melibatkan beberapa nama besar dalam PH seperti Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang sebelum ini didakwa lulusan National University of Singapore.

Nama lain ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dikatakan mengaku seorang Akuantan Bertauliah ( siasatan netizen mendapati nama tidak wujud dalam senarai akauntan di Australia dan New Zealand seperti yang didakwa).

Nama lain pula ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya yang sebelum kantoi seolah-olah menzahirkan beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Cambridge, salah sebuah universiti paling berprestij di dunia.

Setelah kantoi, beliau menjelaskan bahawa ijazah dalam pentadbiran perniagaan beliau adalah dari Universiti Antarabangsa Cambridge yang berpusat di Amerika Syarikat, dan bukan Universiti Cambridge di England.

Alamat universiti di AS itu dikatakan merujuk kepada sebuah kedai gunting rambut.

Nama lain yang turut terpalit dalam kontroversi berkenaan ketika ia panas adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun.


Rina menafikan dakwaan berkenaan dan berkata beliau memiliki latar belakang pendidikan, malah gambarnya turut keluar di majalah universiti.

Namun sehingga kini beliau belum berkesempatan memaparkan gambar dalam majalah berkenaan kepada umum, mungkin disebabkan kesibukkan kerja sebagai menteri.

Menteri Pertahanan Mohd Sabu pula kemudiannya diketahui sebagai gagal dalam usaha mendapatkan diploma kulinari apabila dibuang pada Institut Teknologi Mara (ITM).

Banyak lagi nama lain turut muncul dalam skandal yang begitu memalukan itu.

Gesaan Dr. Rais seharusnya diberikan perhatikan kembali kerana isu yang melibatkan nama baik kerajaan Malaysia itu seperti telah didiamkan begitu sahaja.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sanggup berkerja lebih masa bagi memastikan surat sakit (MC) yang dikeluarkan kepada Datin Seri Rosmah Mansur sebagai sahih atau tidak, sepatutnya turut meluangkan masa menyiasat menteri dan timbalan menteri dengan ijazah dan sijil yang didakwa palsu. – Mynewshub.TV

Kategori