Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Remaja Aibkan ‘Pok Ya...

KUALA TERENGGANU - Dua remaja perempuan berumur 17 tahun yang terlibat dalam kes...

Isu Terlalu Sensitif, Akim...

Setelah tiga tahun berteka-teki, khabar angin tentang hubungan istimewa yang terjalin antara kedua-dua...

Penguat Kuasa DBKL Didenda...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didenda...

Ubah Gaya Kerja, Cukuplah...

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli...

Pemilihan Bersatu, JPP Batal 2 Persidangan

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk membatalkan persidangan cawangan di dua bahagian selepas menerima bantahan berhubung persidangan tersebut yang berlangsung pada 15 dan 16 Februari lalu di seluruh negara.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kedua-dua cawangan tersebut dalam Bahagian Kuala Terengganu yang bersidang pada 15 Februari dan Bahagian Teluk Intan yang juga bersidang pada tarikh sama.

Sehubungan itu menurutnya, cawangan-cawangan berkenaan hendaklah mengadakan semula persidangan tahunan masing-masing dalam tempoh ditetapkan Majlis Pimpinan Tertinggi iaitu bermula 15 Februari hingga 29 Mac depan.

“Persidangan cawangan-cawangan ini hendaklah dikawal selia JPP Peringkat Pusat dengan kerjasama JPP Peringkat Negeri,” kata Pengerusi JPP itu dalam satu kenyataannya hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, JPP mendapati bahawa sebahagian besar masalah ditimbulkan adalah berkait dengan kegagalan untuk mengikut peraturan persidangan ditetapkan parti dan ahli-ahli tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai persidangan.

Jelasnya, keputusan muktamad hanya boleh dibuat oleh JPP Peringkat Pusat.

Ini kerana, katanya, kenyataan yang tidak melalui saluran parti dikhuatiri akan menimbulkan kekeliruan dan konflik sesama sendiri.


Menurut Syed Hamid, seramai 363,173 ahli yang berdaftar layak untuk menghadiri persidangan di 2,950 cawangan di dalam 189 bahagian di seluruh negara.

“Sejajar dengan arahan tersebut, sebanyak 538 cawangan di 37 bahagian di seluruh negara telah mengadakan persidangan masing-masing.

“Sementara keputusan pemilihan di persidangan-persidangan itu tertakluk kepada penelitian dan pengesahan JPP,” katanya.

Katanya, ahli-ahli tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan boleh membuat bantahan bertulis kepada JPP dengan menyertakan aduan jelas termasuk bukti-bukti berkaitan.

“Bantahan hendaklah disampaikan kepada JPP tidak lebih dari tujuh hari selepas tarikh persidangan,” katanya. – Sinar Harian

Kategori