Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Snail Haptor, Kabel USB...

SNAIL HAPTOR ialah konsep kabel USB yang menyelesaikan beberapa masalah berkaitan kabel pengecas...

70 Pusat Hiburan Di...

KUALA LUMPUR: Seramai 4,568 pengunjung diperiksa dalam serbuan ke atas 70 pusat hiburan...

‘Myanmar Belum Berubah’ –...

YANGON - Myanmar masih menggunakan taktik sama dengan bekas junta tentera dalam memastikan...

Malaysia Ikrar Tamatkan Konflik...

BANGKOK - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjanjikan bantuan “apa...

Pemimpin DAP Takkan Tinggalkan Negara – Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menegaskan yang semua pemimpin parti itu tidak akan meninggal negara ini.

Malah beliau mendakwa, semua pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak akan lari, malah akan terus berjuang untuk menyelamatkan negara.

“Kita tidak mahu Malaysia kembali menjadi sebuah negara kleptokrasi.

“Saya terbaca satu kenyataan dalam media sosial yang tidak bertanggungjawab, meminta semua pemimpin DAP, PKR dan Amanah untuk lari dan meninggalkan negara ini.

“Kita adalah pejuang negara. Misi kita adalah untuk memastikan Malaysia tidak menjadi kleptokrasi global,” katanya ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai desas desus pembentukan politik baharu negara.

Tambah Kit Siang lagi, tujuan utama politik adalah untuk membawa kebaikan kepada rakyat.


“Politik adalah amanah dan ia perlu dihormati.

“Kita mahu Malaysia menjadi negara yang lebih baik dan bukannya ditadbir oleh penjenayah dan penyangak serta menjadi kakistokrasi,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Kit Siang tiba untuk menyertai mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Pudu, kira-kira 11 pagi ini.

Sebelum ketibaan Kit Siang, beberapa pemimpin utama parti itu seperti Ketua Wanita DAP, Chong Eng; ADUN Teratai, Lai Wai Chong; dan ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee, tiba lebih awal. – BH Online

Kategori