Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kedah Cari Jalan Atasi...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah akan mengadakan mesyuarat bersama anggota jawatankuasa infrastruktur...

Gambar Wanita Sahut Cabaran...

KENYATAAN Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar golongan...

Azmin Perlu Letak Jawatan...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa...

Langkah OPEC Potong Bekalan...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan mendapat manfaat daripada harga minyak mentah yang lebih...

Pemimpin GPS Bertemu Mahathir Di Perdana Putra

PUTRAJAYA – Beberapa pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Perdana Putra, hari ini.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg mengetuai rombongan pemimpin Sarawak bertemu Dr Mahathir.

Menurut di belakang tiga biji kereta yang rata-rata adalah pemimpin GPS.

Kesemua mereka dilihat memasuki Perdana Putra jam 3.45 petang.

Selain GPS, antara pemimpin yang sudah bertemu Dr. Mahathir adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Turut dilihat meninggalkan Perdana Putra adalah Timbalan Presiden PKR yang dipecat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Untuk rekod, pemimpin yang masih belum mengadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir adalah pemimpin Parti Warisan Sabah. – MalaysiaGazette

Kategori