Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Diseksa ‘Kaw Kaw’ Bekas...

KISAH cinta selama 10 tahun tidak menjamin kebahagiaan apabila seorang pelajar perempuan dari...

Bilik Kosong Sekolah Jadi...

GOLONGAN remaja kini semakin berdepan dengan ancaman keruntuhan moral apabila semakin berani melakukan hubungan...

Pakatan Harapan Mahu Perjuangkan...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan diminta mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan sama ada...

Lelaki Ludah Cermin, Patahkan...

Lelaki pembuli jalan raya yang kesnya tersebar di laman sosial sejak dua hari...

Penerjun Putrajaya Base Jump Tersangkut Pada Tiang Lampu

PUTRAJAYA – Seorang peserta terjunan ekstrem sempena Putrajaya Base Jump berdepan detik cemas apabila payung terjunnya tersangkut pada tiang lampu bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat semasa hendak melakukan pendaratan.

Dalam kejadian pada kira-kira 5 petang itu, penerjun Jepun Yasuhiro Kubo tergantung pada tiang lampu sisi bangunan tersebut lebih 10 minit sebelum diselamatkan oleh pihak pengurusan acara dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya.

Mangsa yang mempunyai pengalaman lebih 32 tahun dan telah melakukan 12,000 terjunan dalam pelbagai disiplin itu dipercayai tersangkut pada aras 21 bangunan setinggi 40 tingkat itu, dipercayai ditolak angin ke arah dinding bangunan berkenaan sejurus melakukan terjunan.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati pengurusan acara menggunakan gondola, alat yang digunakan oleh kontraktor untuk membersihkan cermin bangunan bagi menurunkan mangsa.

Lelaki berusia lewat 50-an yang dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan itu diberikan rawatan awal oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut.


Kubo yang dilihat ceria sambil melambai-lambai rakan penerjun lain selain berswafoto ketika berada di dalam gondola semasa proses menurunkannya bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen ketika ditemui.

Kubo merupakan antara 34 peserta asing daripada sembilan negara yang mengambil bahagian dalam acara Putrajaya Base Jump, anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) sempena 25 tahun penubuhan Putrajaya dan sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Kategori