Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pihak Swasta Disaran Bantu...

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan sektor swasta untuk sama-sama terlibat...

Pemandu BMW Sebabkan Tiga...

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta BMW yang ditahan selepas merempuh sekumpulan enam penganut...

Pengguna Terkejut Jumpa Buaya...

PENGGUNA yang melalui jalan raya di Jalan Karamunsing, Kota Kinabalu, Sabah awal pagi...

Tohmahan Terbaru Mahathir Ibarat...

KUALA LUMPUR - Ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri! Itu ungkapan paling...

Penghantar Bungkusan Simbah Asid Kepada Anggota Polis

KUANTAN – Seorang anggota polis melecur selepas disimbah cecair dipercayai asid di depan rumahnya di Indera Mahkota pada Isnin, oleh lelaki yang berpura-pura menghantar bungkusan hamper kepadanya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Mohamad Noor Yusof Ali berkata Sarjan Kamarul Zaharin Abdullah, 51, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang melecur di dada, belakang tengkuk, lengan kiri dan sedikit di muka.

“Suspek yang menunggang motosikal memanggil mangsa keluar untuk mengambil hamper sekitar 6.10 petang, sebelum bertindak menyimbah cecair ke arah mangsa yang hendak masuk semula ke dalam rumah.

“Kita percaya itu merupakan kali ke-2 suspek mencari mangsa, kerana dia dilihat menekan loceng rumah mangsa beberapa jam sebelum itu, namun mangsa dan keluarganya tiada di rumah ketika itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Mohamad Noor berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Abd Jalil Hassan semasa dihubungi Bernama berkata mangsa kini dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan berada dalam keadaan stabil. 

Kategori