KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka membuat satu pengumuman penting di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, jam 5.30 petang ini.
Beliau yang hadir kira-kira jam 3.30 petang tadi dijangka disertai kepemimpinan tinggi parti dalam sidang media itu.
Ketika ini, puluhan wartawan dan jurugambar pelbagai agensi termasuk dari luar negara berhimpun dan menunggu pengumuman berkenaan. – BH Online