Saturday, November 30, 2024

Creating liberating content

Kuching Dilanda Banjir Kilat

KUCHING – Hospital Umum Sarawak (HUS) adalah antara tempat yang dilanda banjir kilat...

14 Ditahan Polis Menjelang...

KUALA LUMPUR - Polis telah melancarkan gerakan besar-besaran dengan menahan pemimpin aktivis Baju...

Amir Hamzah Presiden, CEO...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini melantik Amir Hamzah Azizan...

Pemeriksaan, Pembaikan Percuma Untuk...

SUBANG JAYA - Proton Holdings Bhd minta pemilik kereta Proton Inspira yang dikeluarkan...

Penjual Santan Didakwa Sebar Berita Palsu Koronavirus

KUALA TERENGGANU – Seorang penjual santan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membuat kenyataan mengenai isu jangkitan novel koronavirus 2019, yang mungkin menyebabkan ketakutan kepada orang awam.

Marzuki Abdullah, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Berdasarkan pertuduhan, Marzuki didakwa membuat kenyataan mengenai koronovirus yang melibatkan kemasukan pesakit ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dengan niat atau mungkin menyebabkan ketakutan kepada golongan awam. (Pertuduhan itu tidak menyatakan saluran kenyataan itu dikeluarkan)

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pangsapuri Ladang Tok Pelam di sini, pada 8.22 pagi, 27 Januari.

Tertuduh yang kelihatan tenang dan hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan, didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Nur Nabihah Hanin Ayim menawarkan jaminan RM10,000 bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Hafizuddin Abdul Hariz merayu jaminan yang rendah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Mac sebutan semula kes.

Kategori