Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

20 Premis Makanan Diberi...

LABUAN - Jabatan Kesihatan Labuan mengeluarkan notis penutupan sementara kepada sekurang-kurangnya 20 premis...

Enjin Lokomotif KTMB Terbakar...

KLUANG - Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Penolong Kanan Penguasa Bomba...

Sudah Khayal, Ganas Pula...

CHON BURI - Seorang wanita merempuh kereta dipandunya pada tiang sebuah jambatan di...

Bapa Tertembak Anak Empat...

SEORANG bapa secara tidak sengaja tertembak anak lelakinya yang berusia empat tahun ketika...

Penyebar Fitnah, Berita Palsu Dicari Sampai Lubang Cacing

PUTRAJAYA – Polis akan menubuhkan pasukan khas bagi membanteras pihak yang menyebarkan berita palsu, fitnah dan pembohongan terhadap kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, mereka akan dicari sampai ke lubang cacing, walaupun menyorok dengan menggunakan akaun palsu atau nama samaran.

Kata beliau, penyebaran berita palsu, fitnah dan pembohongan dari pihak tidak bertanggungjawab ini yang menggunakan pelbagai medium termasuk media sosial, agak ketara keseriusannya.

“Kita bukan tidak boleh dikritik. Sesiapa sahaja boleh kritik kerajaan, kita boleh terima setiap kritikan itu, tetapi satu sahaja, jangan fitnah, buat berita palsu atau berbohong mengenai kerajaan.

“Ini kita tidak boleh terima kerana setiap fitnah dan berita palsu itu akan menimbulkan keresahan di kalangan orang ramai,” katanya pada sidang media bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Eddin Syazlee Shith di pejabatnya di sini, hari ini.

Mohamed Hanipa memberi contoh, fitnah dan berita palsu paling ketara kebelakangan ini ialah penyebaran gambar kononnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempengerusikan mesyuarat berkaitan dengan Tabung Haji.

Sedangkan, kata beliau, gambar itu adalah lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof ke Kementerian Kewangan, selepas Guan Eng menyatakan minatnya dengan konsepl Rahmatan Lil Alamin yang diperkenalkan kerajaan PH.


“Akibat dari penyebaran gambar itu, umat Islam di negara ini resah dan situasi itu memberikan kesan kepada Tabung Haji, terutama apabila rakyat mendakwa TH dikawal oleh menteri bukan Islam.

“Perbuatan ini amat tidak bertanggungjawab dan saya difahamkan akan dilakukan pendakwaan ke atas orang yang menyebar berita palsu itu,” katanya.

Beliau berkata, rakyat mengkritik kerajaan tidak salah, tetapi memfitnah itu salah.

Malangnya, ujar beliau, kebelakangan ini telah ada satu kecenderungan menyalahgunakan kebebasan media sosial dengan menyebarkan berita palsu, fitnah dan berita yang boleh menaikkan isu perkauman dan agama, yang menimbulkan keresahan. – MalaysiaGazette

Kategori