Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Keputusan Perlawanan Bukan Keutamaan...

KUALA LUMPUR - Keputusan siri perlawanan persahabatan tidak menjadi keutamaan skuad Bawah 23...

Kemelut Politik Tak Jejas...

PELABUHAN KLANG - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata kemelut...

Perlu Tahu 3 Faktor...

EKORAN pendedahan senarai sembilan buah filem yang gagal pecah panggung baru-baru ini, Presiden...

Turap Semula Jalan Raya...

PUTRAJAYA - Pihak yang melakukan kerja pembaikan dan penyelenggaraan di jalan raya di...

Perbincangan Dengan Mahathir Tak Lagi Berbangkit – Anwar

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang perbincangan dengan Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pembentukan kerajaan, tidak lagi berbangkit.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menjelaskan, Dr. Mahathir sudah meninggalkan Pakatan Harapan (PH) walaupun gabungan itu masih wujud.

“Tidak (akan lagi berjumpa Dr. Mahathir). Perkara itu tidak lagi berbangkit. Kami masih PH sedangkan dia (Dr. Mahathir) sudah meninggalkan PH,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan PH di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah beliau akan mengadakan pertemuan semula dengan Dr. Mahathir bagi membincangkan mengenai pembentukan kerajaan baharu.

Ditanya mengenai pelantikan semula Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Anwar secara ringkas menjawab itu adalah keputusan Ahli Parlimen Langkawi terbabit.


Ditanya pula sama ada PH akan menerima jika BERSATU menyertai semula gabungan itu, Anwar berkata, keputusan boleh berubah mengikut keadaan.

Terdahulu Anwar bersama pimpinan PH mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di sini.

Mesyuarat yang bermula pada jam 1.30 tengah hari dan berakhir dua jam kemudian, difahamkan membincangkan mengenai isu dalaman parti dan situasi politik negara. – BH Online

Kategori