Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Semporna Bakal Miliki Pusat...

SEMPORNA - Semporna bakal memiliki sebuah pusat pengajian al-Quran yang dijangka beroperasi tahun...

Polis Temui Senapang 9...

TOKYO – Polis Jepun menemui ruang simpanan senjata buatan sendiri di kediaman suspek...

“Mohd Nazril Tidak Boleh...

“MOHD Nazril masih lagi trauma dengan kejadian itu,” kata Rosimah Abdul Rashid, 57,...

Didakwa ‘Bermasalah’, Haqiem Tampil...

BERMULA dengan memuat naik status di laman sosial yang beri ‘bayangan’ seolah-olah dirinya...

Permohonan Pendaftaran GBS Masih Dalam Pertimbangan ROS

PUTRAJAYA – Permohonan pendaftaran Gabungan Bersatu Sabah (GBS) masih dalam pertimbangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini, berkata oleh itu, tiada sesiapa boleh menganjur atau mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti bagi pihak pertubuhan itu termasuk penggunaan logo, lambang atau simbol sehingga pendaftarannya dikuatkuasakan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

ROS berkata larangan itu selaras dengan peruntukan Seksyen 6, Akta 335.

“Oleh yang demikian, JPPM (ROS) menegaskan di sini supaya pihak jawatankuasa penaja, orang ramai dan media massa untuk tidak menggunakan logo, lambang serta simbol GBS sehingga pertubuhan itu didaftarkan secara sah,” katanya.

Pembentukan GBS diumumkan pada Oktober 2018 membabitkan gabungan empat parti politik Sabah iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) , Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan UMNO.

Kategori