KUALA LUMPUR – Hampir 30 kenderaan golongan kenamaan (VIP) dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara, pada jam 7.25 malam sebentar tadi.
Kumpulan pertama membabitkan 13 kenderaan VIP yang diiringi polis meninggalkan Istana Negara selepas kira-kira dua jam berada di istana dipercayai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kumpulan kedua pula membabitkan 10 kenderaan VIP yang meninggalkan Istana Negara pada jam 7.30 malam.
Dua kenderaan VIP juga dilihat meninggalkan Istana Negara, beberapa minit selepas itu dan kumpulan terakhir tiga kenderaan VIP turut keluar dari istana, jam 7.35 malam.
Namun tidak dapat dipastikan sama ada salah satu kenderaan itu dinaiki Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. – BH Online