Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

HK Lumpuh Dibadai Nida,...

HONG KONG - Taufan Nida membadai Hong Kong awal pagi Selasa, dengan angin...

AMETIS Projek Perumahan Berkonsepkan...

SHAH ALAM - Projek perumahan AMETIS yang terletak di Subang Bestari pastinya satu...

Surirumah, Menantu & Rakan...

SHAH ALAM – Seorang surirumah berusia 55 tahun, menantunya dan rakan lelaki itu...

Remaja Maut,Tiga Beranak Parah

Kuala Terengganu - Remaja berusia 18 tahun maut manakala tiga beranak termasuk kanak-kanak...

Pertukaran Ketua Polis Johor Tepat Pada Masanya – KPN

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan pertukaran Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, semalam adalah kerana kepakarannya menangani jenayah siber amat diperlukan.

“Pertukaran (Kamarudin) secara kebetulan berlaku dengan pertukaran besar-besar (dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu dibuat.

“Penggantinya, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay pula sudah lama (memegang jawatannya), beliau perlu didedahkan dan sudah membuat banyak kerja.

“Kita beri dia (Ayob Khan) peluang untuk keluar dan memimpin. beliau masih muda,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Serah Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik (JSJN) Bukit Aman di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada pertukaran Kamarudin ada kaitan dengan insiden kekecohan pada majlis ramah mesra Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, di sebuah restoran di Ulu Tiram, minggu lalu, beliau enggan mengulas lanjut.

“Sukar saya nak jawab… tetapi kalau dilihat daripada latar belakang Kamarudin, beliau adalah seseorang yang pakar dalam jenayah siber dan kini wujud semula ancaman jenayah siber.

“Terpulang kepada anda (wartawan) jika mahu mengaitkan pertukaran beliau ada kaitan dengan insiden itu (Syed Saddiq).


“Namun kepulangan Kamarudin (ke Bukit Aman) adalah tepat pada masanya, kerana beliau antara orang paling lama dalam bidang itu (jenayah siber),” tegas Abdul Hamid.

Justeru, katanya kepakaran beliau amat diperlukan pada masa ini untuk menangani ancaman dalam jenayah sedemikian.

Semalam, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad, mengumumkan Ayob Khan dilantik sebagai Ketua Polis Johor berkuatkuasa 6 Mac depan.

Pelantikan itu dibuat selepas Kamarudin, ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Selaras dengan pelantikan itu, Ayob Khan yang kini berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) akan dinaikkan pangkat pemangku Komisioner Polis (CP). – BH Online

Kategori