Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Korea Selatan Melepaskan Tembakan...

SEOUL: Korea Selatan menuduh Korea Utara menerbangkan 'beberapa' dron merentasi sempadan negara hari...

22 Maut Letupan Hotel...

MOGADISHU - Sekurang-kurangnya 22 terbunuh apabila pengebom nekad meletupkan dua kereta di sebuah...

Misi Anak Buah Wenger...

KEPUTUSAN seri 1-1 dengan Atletico Madrid di Emirates sedikit sebanyak menyukarkan jalan Arsenal...

Antara Syed Saddiq Dan...

Syed Saddiq dan Abang Viva antara individu popular di media sosial berhubung kerja-kerja...

Pesara Didenda RM5,000 Sebar Berita Palsu Covid-19

SANDAKAN – Seorang pesara Jabatan Keretapi Negeri Sabah hari ini didenda RM5,000 atau 10 bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi kesalahan menyebarkan berita palsu berhubung jangkitan Covid-19.

Majistret Suhailla Selag menjatuhkan hukuman itu ke atas Aliuudin Amit, 67, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan secara sedar mengedarkan satu kenyataan dalam aplikasi WhatsApp mengatakan seorang banduan meninggal dunia kerana Covid-19 di Penjara Sandakan.

Kesalahan itu dilakukan di Lot 70, Jalan Selunsung, Taman Sempelang, Kota Kinabalu pada  9.34 malam, 23 Januari lepas.

Edaran kenyataan itu telah dibaca oleh pegawai di Pejabat Timbalan Penguasa Jabatan Penjara Sandakan pada 10.46 pagi, 24 Januari lepas.

Aliuudin didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, Aliuudin, yang tidak diwakili oleh peguam, berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu dan bertegas dia tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa atas perbuatannya itu.


Timbalan Pendakwa Raya, Franklin Ganggan Bennet memberitahu mahkamah rayuan itu bukan faktor utama untuk pertimbangan hukuman ringan.

Sebaliknya, beliau berkata mahkamah perlu mengutamakan kepentingan awam berikutan kesalahan itu adalah serius dan boleh menyebabkan ketakutan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Aliuudin membayar denda itu.

Bermula semalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan Covid-19 sebagai nama rasmi bagi jangkitan novel koronavirus 2019.

Kategori