Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

FAMA Buka Pasar Tani...

MELAKA - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membuka pasar tani yang ke-21...

“Memang Tak Berhati Perut...

TERKILAN dan sedih hati seorang lelaki apabila dua ekor anak anjing yang masih...

Tiada Kejadian Kereta Kabel...

KUALA LUMPUR - Pihak polis hari ini mengesahkan tiada sebarang kejadian tali kereta...

Cabaran PAS Dapat Sokongan...

ALOR SETAR - PAS mengakui menghadapi cabaran dalam usaha mendapatkan sokongan bukan Islam...

Petisyen Online Pecat Tommy Thomas Dapat 18,000 Sokongan

SHAH ALAM – Satu petisyen atas talian yang mendesak Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dipecat serta-merta dilancarkan semalam susulan keputusan beliau tidak meneruskan pendakwaan ke atas 12 individu yang didakwa menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Petisyen itu dilancarkan di laman change.org kira-kira jam 5 petang semalam dan sehingga jam 11.30 pagi ini ia mendapat hampir 18,000 sokongan.

Petisyen berkenaan dimuat naik oleh netizen yang menggunakan nama Jumpa Kat Mahkamah Official.

Menerusi desakan itu, pengguna terbabit mendakwa keputusan Tommy tidak meneruskan pendakwaan kepada kesemua tertuduh bercanggah dengan pendirian Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Penyokong petisyen terbabit, Mohamad Zaini Ahmad berkata, keputusan yang dibuat Tommy seolah-olah memperlekeh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan memalukan Jabatan Peguam Negara.

“Guna kuasa budi bicara. Justifikasi yang tidak berpijak di bumi nyata. Guna logik pemikiran dan andaian semata-mata. Rasis dan berpihak kepada penjenayah dan ahli politik,” tulisnya sebagai respons terhadap sokongan yang dibuat.

Kelmarin, Tommy memutuskan prosiding perbicaraan terhadap 12 individu terbabit dihentikan berkuatkuasa serta-merta.

Tommy menegaskan keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.


Dalam kenyataan sebanyak 11 muka surat, Tommy menegaskan keputusan dibuat mengikut kuasa budi bicara.

Menurutnya, beliau membuat keputusan itu mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang.

Antara yang dituduh sebelum ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang juga Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, G Saminathan, 34; ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, 60.

Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, Tommy tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah kuasa beliau sebagai Menteri Dalam Negeri.

Katanya, KDN mempunyai asas kukuh mengekalkan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas berdasarkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa. – Sinar Harian

Kategori