Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

3,118 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 3,118 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,771,512.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

Trafik Lancar Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara lancar dan...

Video: Pemandu Teksi Wanita...

BERGELAR pemandu teksi, bermakna anda perlu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan daripada pelbagai...

Keputusan Tangguh Piala Malaysia...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mengekalkan keputusan...

Polis Johor Tubuh Pasukan Petugas Khas Siasat Kekecohan

POLIS Johor menubuhkan satu jawatankuasa siasatan khas bagi menyiasat dan mengenal pasti kumpulan yang terbabit dalam insiden provokasi dan kekecohan ketika perjumpaan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Ulu Tiram, Bandar Seri Alam, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 153/355/357/506 Kanun Keseksaan dan pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya berlandaskan peruntukkan undang-undang yang sedia ada tanpa sebarang kompromi terhadap mereka yang terbabit dalam kejadian itu.

Katanya, polis turut menegaskan kes itu akan disiasat secara telus, tegas, berintegriti dan tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 153 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat jahat membangkitkan kemarahan kepada seseorang yang mungkin menyebabkan rusuhan dan boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Bagi Seksyen 355 Kanun Keseksaan iaitu menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak menjatuhkan kehormatan seseorang yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Kes turut boleh disiasat mengikut Seksyen 357 Kanun Keseksaan iaitu menyerang ataupun menggunakan kekerasan jenayah untuk cubaan mengurung orang secara salah yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi Seksyen 506 Kanun Keseksaan pula iaitu menakutkan seseorang secara jenayah yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


“Pihak polis menegaskan orang ramai untuk tidak mempolitikkan isu ini dan menyebabkan sebarang maklumat yang tidak berasas menerusi mana-mana platform sosial media yang boleh mencetuskan sebarang masalah,” katanya.

Terdahulu, Mohd Kamarudin berkata, dalam kejadian kira-kira antara jam 9 malam hingga 11.30 malam tadi, satu program rapat umum ARMADA Johor dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, diadakan di sebuah tapak perkhemahan hutan di Ulu Tiram, dekat sini.

Katanya, polis menerima laporan yang menyatakan ketika program itu berlangsung, sekumpulan pemuda berpakaian kemeja-T berwarna hitam sejumlah 100 hingga 150 orang memasuki kawasan terbabit.

“Kumpulan itu melakukan provokasi dan kekecohan di tempat kejadian akan tetapi polis berjaya mengawal keadaan secara profesional tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

“Hasil siasatan awal mendapati kumpulan pemuda yang hadir itu dengan sengaja menimbulkan kekecohan dengan melaungkan kata-kata yang boleh membangkitkan kemarahan, berunsurkan ugutan dan berkelakuan agresif di tempat kejadian,” katanya. – myMetro Online

Kategori