Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Acara Kuda Lasak Bermula,...

SETIU - Seramai 25 penunggang acara kuda lasak dalam temasya Sukan SEA Kuala...

Bekas Menteri Agama Kehilangan...

Duhai anakandaku HammadAir mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di...

ASEAN: Barack Obama Tiba...

KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tiba di Malaysia bagi sidang-sidang...

Polis Cari Pemandu 4X4...

TAMPIN: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta pacuan empat roda (4X4) jenis Isuzu...

Polis Panggil Musa Hassan Isu Kait DAP Dengan Komunis

MELAKA – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan dipanggil memberi keterangan jika siasatan polis mendapati kandungan ceramahnya yang mendakwa DAP mempunyai agenda untuk menghidupkan semula ideologi komunis, mempunyai unsur hasutan yang boleh mengancam keamanan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata ketika ini, polis masih melakukan analisis kandungan rakaman ceramah yang didakwa disampaikan Musa, sama ada terdapat unsur hasutan sehingga mengancam keamanan negara atau sebaliknya

Katanya, keperluan untuk memanggil mana-mana individu yang disyaki terbabit dalam sesuatu laporan yang dibuat orang awam adalah prosedur biasa bagi mengumpul bahan bukti sebelum melengkapkan siasatan.

“Polis sedang melakukan analisis kandungan rakaman video yang didakwa disampaikan Musa, sama ada terdapat unsur hasutan sehingga mengancam keamanan negara atau sebaliknya.

“Kita akan kumpul bukti dan ambil tindakan memanggil siapa yang terbabit untuk memberi keterangan, manakala video atau audio ceramah beliau pula akan dianalisis bagi memastikan isi kandungan ceramahnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Rahim Jaafar dan Ketua Polis Melaka, Datuk Md Kasim Karim.

Sebelum ini, tersebar klip video ceramah Musa pada sesi wacana isu semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989 di sebuah universiti tempatan dengan dakwaan DAP mempunyai agenda untuk menghidupkan semula ideologi komunis.


Bekas Ketua Polis Negara itu juga didakwa mengaitkan pembabitan parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

Pada 1 Disember lalu, kira-kira 300 individu menghadiri perjumpaan dan perhimpunan sebagai memperingati perjanjian di antara PKM dan Kerajaan Malaysia, namun mencetuskan kontroversi dengan ada pihak mendakwa ia usaha menghidupkan semula ideologi komunis di negara ini.

Malaysia menandatangani perjanjian dalam dengan PKM di Hat Yai, Thailand pada 2 Disember 1989 yang membawa kepada persetujuan parti itu meletak senjata sekali gus menamatkan penentangan mereka kepada kerajaan.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, beliau belum dimaklumkan status siasatan dan ujian air kencing Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Shan Abdullah yang ditahan polis dalam serbuan terhadap sebuah unit kondominium dekat Jalan Puchong di ibu negara, pertengahan bulan lalu.

“Saya belum dimaklumkan keputusan ujian makmal. Sekiranya dapat nanti, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan keluarkan kenyataan,” katanya.

Adhif Shan ditahan bersama 16 yang lain dalam serbuan ke sebuah kondominium yang disyaki menjadi tempat penyalahgunaan dadah dan judi. Hasil saringan awal terhadap 17 individu termasuk enam wanita yang ditahan itu, 16 dikesan positif dadah. – BH Online

Kategori