Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Syamsul Debat Mudah Didampingi...

SEREMBAN - Calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Syamsul...

Kerjasama SPRM, EAIC Bukti...

KUALA LUMPUR - Kerjasama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi...

Fasa Pertama SUKE Akan...

KUALA LUMPUR : Fasa pertama Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bagi jajaran...

Kaji Persempadanan Parlimen Bukit...

MELAKA - UMNO Bahagian Bukit Katil hari ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)...

PPSMI: Kerajaan Akan Buat Keputusan Masa Terdekat

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung perlaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan akan dibuat selepas perbincangan dengan Kabinet selesai.

“Kita akan buat keputusan mengikut pendapat majoriti ahli Kabinet,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Kementerian Pendidikan (KPM) di sini hari ini.

Menurutnya, PPSMI tidak akan dilaksanakan sekiranya mendapat tentangan.

“Kalau ada tentangan kita tangguhkan dan sekiranya setuju PPSMI akan dilaksanakan,” katanya

Dalam pada itu Dr. Mahathir yang juga pemangku Menteri Pendidikan kesal dengan kebocoran cadangan PPSMI.

“Apa yang berlaku saya buat penerangan kepada pegawai kementerian. Entah macam mana terbocor dan dilaporkan seolah-olah kerajaan telah membuat keputusan.

“Kerajaan sebenarnya mempertimbangkannya,” katanya.


Dr. Mahathir berkata, sekiranya dilaksanakan, kerajaan akan memperkenalkan cara baharu dalam PPSMI.

“Pengajaran akan disediakan oleh pakar-pakar sama ada di luar atau dalam negara menerusi pemacu kilat (thumbdrive) dan ditayangkan di dalam bilik darjah mengikut subjek,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr. Mohd Ghazali Abas.

Sementara itu ditanya langkah kerajaan untuk meyakinkan semua pihak mengenai PPSMI, Dr. Mahathir berkata, semua pihak harus sedar mengenai kepentingannya.

“Kita perlu sedar untuk kuasai ilmu Sains. Cara mudah gunakan bahasa sendiri, tetapi ia tidak akan dapat sepenuhnya ilmu Sains,” katanya. – Sinar Harian

Kategori