Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

KWSP Terus Melabur Dalam...

SINGAPURA - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan terus melabur dalam negara tahun...

PM Najib Ucap Takziah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan...

Keputusan Rayuan BPR Pada...

BERA - Kerajaan akan mengumumkan keputusan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada penghujung...

Hantu Doktor Bunuh Diri...

Hantu doktor yang membunuh diri di Honduras, dikatakan telah menghantui tempat di mana...

Raja Abdullah Tawar Kuda Jantan Kepada Najib – Anifah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menolak tawaran Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud, yang berhasrat menghadiahkan seekor kuda jantan Arab kepadanya.

Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, selaku saksi keenam pembelaan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, Najib dengan sopan menolak tawaran itu kerana tidak menunggang kuda.

ā€œKetika kami meninggalkan Istana Raja Abdullah selepas mesyuarat tidak rasmi pada 11 Januari 2010, Najib melihat dan mengagumi lukisan kuda jantan Arab di sepanjang laluan keluar istana.

ā€œRaja Abdullah mengambil maklum pujian itu dan menawarkan kepada Perdana Menteri (ketika itu) salah seekor kuda Arab jantan yang dimilikinya.

ā€œTawaran begitu dengan jelas menunjukkan hubungan rapat antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi,ā€ katanya pada perbicaraan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib. – BH Online

Kategori