Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Terengganu Nafi Bas ‘Ampicoach’...

KUALA TERENGGANU - Sebuah bas jenis 'Amphicoach' yang dibeli Kerajaan Negeri Terengganu bagi...

Aktiviti Konvoi Perlu Diperluas,...

TAWAU - Aktiviti berkonvoi perlu diperluas penganjurannya kerana mampu memupuk pelbagai nilai positif...

40 Pulih, 4 Kes...

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara hanya merekodkan empat kes hari ini menjadikan jumlah...

Salah Dedah Mahu Pula...

BINTANG Liverpool Mohamed Salah mendedahkan dia mahu menyertai Real Madrid pada musim panas...

Remaja Kanada Tak Dijangkiti Coronavirus

PUTRAJAYA – Remaja warga Kanada yang dilaporkan pengsan di lot parkir sebuah pusat beli belah di ibu kota baru-baru ini, disahkan negatif jangkitan coronavirus baharu, 2019-nCoV.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata berikutan itu, remaja berusia 17 tahun berkenaan yang ditempatkan dalam wad isolasi Hospital Kuala Lumpur (HKL) sudah dibenarkan pulang.

ā€œIni adalah berita gembira. Dia pengsan bukan disebabkan coronavirus dan kini sudah dibenarkan pulang,ā€ katanya pada sidang media harian yang diadakan di kementeriannya, di sini hari ini.

Semalam, sekeping gambar pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan anggota polis yang berada di lokasi tersebut, viral di media sosial kerana dikaitkan dengan coronavirus.

Remaja itu ditemui pengsan sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Menara Berkembar dan kemudian dirujuk dengan ambulan ke HKL. – BH Online

Kategori