Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lamaran Hairul Azreen Boleh...

PETALING JAYA - Pakar motivasi Ustaz Zulkefli Hamat, 41, berkata cara aktor Hairul...

‘Underdog’ Di Incheon Satu...

SEPANG - Beraksi sebagai pasukan bukan pilihan menjadi kelebihan bagi Harimau Muda A...

Biden Dijangka Umum Tanding...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilaporkan akan mengumumkan keputusan untuk...

Fenomena El-Nino Jejas Pengeluaran...

KANGAR - Fenomina El-Nino dijangka menjejaskan pengeluaran mempelam harumanis pada musim tahun ini...

Sajjad Tak Selesa Berpakaian Lelaki

TIDAK selesa berpakaian lelaki dipercayai antara penyebab ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat memilih berpenampilan seperti wanita ketika di Tanah Suci.

Difahamkan, Sajjad bersama keluarga, rakan serta mutawwif sudah pulang ke tanah air pagi tadi, awal sehari daripada tarikh sepatutnya mereka pulang.

Mereka dikatakan membeli tiket penerbangan sendiri tanpa melalui agensi umrah Albayt Travel (M) Sdn. Bhd., dan tiba di tanah air kira-kira jam 5 pagi.

Perkara itu disahkan oleh rakan kepada mutawwif yang bersama Sajjad sepanjang menunaikan umrah di Tanah Suci.

Dia yang enggan dikenali berkata, rakannya itu tidak mengenali Sajjad dan hanya mengetahui identiti ahli perniagaan terbabit selepas tular di media sosial.

“Itu pun selepas seorang jiran memberitahu isterinya sebaik melihat gambar ustaz bersama Sajjad yang tular. Isteri kemudian menghubunginya yang ketika itu berada di Tanah Suci.

“Selepas mengetahui perkara itu, ustaz bertemu Sajjad meminta penjelasan. Dia turut menasihati Sajjad supaya mengakui kesilapan dan memohon keampunan Allah SWT,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Disebabkan gambar tular itu, katanya, rakannya itu dikecam dan dihina oleh warganet tanpa mereka mengetahui perkara sebenar.


“Ustaz memang tidak tahu apa-apa dan dia hanya melaksanakan tugasnya sebagai pembimbing umrah kerana Allah. Berhenti menyalahi beliau.

“Alhamdulillah, ustaz tenang sekarang bersama keluarga dan tidak mahu diganggu,” katanya.

Dia berkata, kepulangan mereka berjalan lancar, malah Sajjad juga tidak ditahan pihak berkuasa Malaysia sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sementara itu, Sajjad menerusi Instagram naik lima status memohon keampunan Allah.

“Ampunkan aku Ya Allah aku seorang pendosa. Ya Allah maafkan aku, aku bersujud pada Mu Ya Allah. Alhamdulillah yang baik datangnya dari Allah yang jahat datangnya dari kita.”

Sajjad turut menukar semula tetapan instagramnya daripada privasi kepada umum seperti sebelum ini. – myMetro Online

Kategori