Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Manifesto BN Teluk Intan...

TELUK INTAN - Penduduk Teluk Intan akan terus menikmati pembangunan dan kesejahteraan menerusi...

Padah Sokong BN, ADUN...

GEORGE TOWN - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu...

Tiada Wakil Kementerian Kesihatan...

IPOH - Kementerian Kesihatan tidak mempunyai wakil yang menjual papan tanda larangan merokok...

Anggota URB Cedera Dilanggar...

Kuala Lumpur : Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Setapak cedera ringan...

Saksi Bicara Laporan Audit 1MDB Dianugerah Gelaran ‘Datuk’

KUALA LUMPUR – Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus Jabatan Audit Negara, Nor Salwani Muhammad dianugerahkan gelaran Datuk hari ini, bagi menghargai jasanya menyimpan bukti pindaan ke atas laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, menjelaskan penganugerahan itu juga sebagai manifestasi kementeriannya yang tegas menolak sebarang unsur rasuah dan salah guna kuasa oleh mana-mana pihak.

“Ini sebagai tanda Kementerian Wilayah Persekutuan menolak apa juga bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Jika ada mana-mana pegawai atau menteri melakukan kesalahan, maka pegawai perkhidmatan awam tak boleh melindungi mereka kerana kamu pegang amanah untuk menjaga dan mempertahankan kepentingan negara dan rakyat.

“Apa yang Datuk Salwani lakukan adalah tindakan yang wajib dipuji, dan kerana itu kita setuju beri gelaran Datuk padanya,” katanya selepas melancarkan Konvoi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Ke-16 di Dataran Merdeka, hari ini.

Terdahulu, Nor Salwani antara 25 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Istiadat itu berlangsung kali pertama di Istana Melawati, di Putrajaya, berbanding kebiasaan istiadat berkenaan diadakan di Istana Negara.

Pada 2016, Nor Salwani secara rahsia menyimpan satu daripada 60 salinan laporan asal 1MDB, selepas diarahkan berbuat demikian kerana hanya salinan yang telah dipinda akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Tindakannya itu membantu pihak pendakwa raya dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berhubung dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB. – BH Online

Kategori