Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Korban Pertama Banjir...

KOTA BARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan menjadi mangsa korban pertama...

Johor Bina, Naik Taraf...

JOHOR BAHRU : Johor akan membina dan menaik taraf Projek Perumahan Rakyat (PPR)...

Suruh Model Australia Gemuk,...

PELAKON Janna Nick teruk diserang netizen antarabangsa selepas dia meninggalkan komen menggesa model,...

Ucoppp Cuit Hati Ramai...

SIAPA sangka Eusoff Hashim, pemilik akaun Instagram @ucoppp kini menjadi selebriti media sosial dengan...

SD Sokong Mahathir, Bukti Ada Pemimpin PH Tak Sokong Anwar

KUALA LUMPUR – Kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengesahkan ada usaha menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri.

Ia juga melibatkan sebahagian ahli parlimen PKR dan Pakatan Harapan, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

“Dengan itu terjawablah bahawa sebahagian dari ahli parlimen PH yang mahukan Tun M teruskan hingga tamat penggal,” ujarnya dalam twitternya malam tadi.

Dalam masa yang sama, kata Annuar, ia juga mengesahkan wujud undi tidak percaya kepada Presiden PKR itu sendiri sebagai perdana menteri kelapan.

Isu terdapat ahli parlimen menandatangani SD itu kecoh sejak beberapa hari ini walaupun dinafikan oleh Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan media Anwar selepas mengadakan pertemuan dengan Mahathir semalam, beliau berkata, antara isu yang dibincangkan ialah usul undi percaya kepada Mahathir. – MalaysiaGazette

Kategori