Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Cub Prix AAM: Tugas...

AHMAD Syukran Aizat mengakui dia perlu lebih bekerja keras bagi mengisi kekosongan yang...

TH, Bank Islam Serah...

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menerima zakat...

Seorang Maut, 3 Cedera...

SANDAKAN - Seorang maut, manakala tiga cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta yang...

Graduan Oxford Tarik Diri...

SEMUA maklum mengenai Clever Girl, satu rancangan pertandingan realiti yang menunjukkan keberanian dan...

Sebar Berita Palsu Coronavirus, Zed Zaidi Dipanggil SKMM

CYBERJAYA – Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil, hari ini, hadir memberi keterangan lebih dua jam di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakannya berkongsi berita palsu mengenai jangkitan 2019 novel coronavirus.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Zed Zaidi, 40, tiba di Menara SKMM, di sini, bersama peguamnya Zamri Idrus pada jam 3.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira 5.45 petang.

Zed Zaidi yang ditemui memaklumkan sudah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi menyiasat kes itu.

“Untuk yang di luar sana berhati-hati bila post (membuat hantaran di media sosial),” katanya ringkas.

Sementara Zamri berkata, anak guamnya disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana berkongsi gambar berita palsu di laman Twitter kononnya semua negara telah menyekat kemasukan pelancong China kecuali Malaysia.

Beliau berkata, kad sim Zed Zaidi turut diambil dan direkodkan oleh SKMM.

“Kami dimaklumkan tadi oleh pihak SKMM, sekiranya ada keperluan untuk mereka mendapatkan butiran lanjut daripada Zed, mereka akan panggil (semula),” katanya.


Ditanya sama ada Zed Zaidi sememangnya berniat untuk menyebarkan berita tidak sahih atau menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat, Zamri berkata, perkara yang ditulis di laman Twitter itu hanyalah satu persoalan peribadi.

“Tidak sama sekali, itu memang disahkan oleh Zed sendiri. Tidak ada niat apa pun,” katanya.

Pelakon itu baru-baru itu berkongsi berita palsu berbunyi: Breaking News: All countries except Malaysia – All countries has banned Chinese tourist except Malaysia yang dimuat naik menerusi akaun Facebook dan Twitternya.

Selain Zed Zaidi, SKMM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini turut merekodkan keterangan pemilik laman web “Oh My Media” Mohd Khairul Anuar Rosli, 30, dan seorang lagi orang awam kerana berkongsi berita palsu mengenai kedatangan ratusan pelancong China di Pulau Langkawi, Kedah yang didakwa lari daripada wabak coronavirus di negara itu.

Kategori