Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kembara Ke Luar Negara...

Monica Lyn, 25, yang berasal dari Alabama mempunyai cara tersendiri untuk mengembara ke...

Haram PAS Sertai Politik...

KUALA LUMPUR - Haram bagi PAS menyertai budaya fitnah semata-mata untuk menjatuhkan pihak...

Lebih 800 Anggota PPBM...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 821 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di seluruh...

Shaheizy Sam Pilih Syatilla...

PELAKON Shaheizy Sam, 34, hari ini mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang bersama wanita...

Sejak Bila SPRM Mengesahkan MC Pesakit? – Najib

KUALA LUMPUR – Sejak bila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi tanggungjawab untuk mengesahkan cuti sakit pesakit, soal Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah jelas SPRM menyalahguna kuasa serta cubaan untuk menakutkan saksi dan mereka yang memberi perkhidmatan kepadanya.

“Lepas itu, ramai doktor dan pakar lain khuatir untuk memberi perkhidmatan kepada kita kerana bimbang akan dipanggil SPRM untuk disoal siasat berjam-jam,” ujarnya yang memaklumkan doktor pakar berkenaan disiasat SPRM selama tiga jam.

Beliau berkata demikian susulan kenyatan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor kepada Datin Seri Rosmah Mansor tidak lagi menjadi kes siasatan lagi selepas kehadirannya di mahkamah.

Latheefa memberitahu, siasatan terhadap doktor yang mengeluarkan sijil cuti untuk Rosmah sekadar untuk pengesahan sahaja.


“Hari ini, SPRM kata tiada masalah dengan MC isteri saya. SPRM cuma mengesahkan MC itu tulin atau tidak.

“Nak tanya. Sejak bila SPRM ada tanggungjawab atau kepakaran untuk mengesahkan cuti sakit dengan penyakit?” soal Najib. – MalaysiaGazette

Kategori