HUNAN – China melaporkan penemuan kes selesema burung di sebuah ladang di bandar Shaoyang, dalam wilayah Hunan.
Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar berkata, kejadian itu berlaku di sebuah ladang yang mempunyai 7,850 ekor ayam, dengan 4,500 ayam mati akibat penyakit terbabit.
Susulan kes itu, pihak berkuasa menyembelih 17,828 ayam bagi mengelakkan kuman daripada terus merebak. – Agensi