Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Proton Lancar Logo, Slogan...

PERUSAHAAN Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton) baru-baru ini melancarkan logo dan slogan terbaharunya,...

Rakyat Boleh Mohon Peruntukan...

SHAH ALAM : Kementerian Ekonomi akan membuka peluang kepada rakyat memohon peruntukan bagi...

Festival Nasi Ambeng Bakal...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Malaysia(JKKN) Selangor menyasarkan kehadiran 7,000...

Zul Ariffin Melaram Dengan...

Kalau nak diikutkan Zul Ariffin bukan baru memasuki dunia lakonan.Tetapi populariti drama Rindu...

Setiausaha Politik Zuraida Minta Lih Kang ‘Jaga Mulut’

PUTRAJAYA – Lih Kang, jaga mulut! Demikian peringatan Setiausaha Politik Zuraida Kamaruddin, Nor Hizwan Ahmad kepada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang.

Nor Hizwan turut menyifatkan Lih Kang sebagai tidak matang dan penuh prasangka berhubung kenyataannya mengenai cuti Zuraida daripada jawatan Naib Presiden.

Beliau dalam kenyataannya berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu bercuti daripada jawatan parti kerana ingin memberi laluan agar proses disiplin berjalan lancar.

“Saya ingin mempersoalkan kewajaran kenyataan tersebut yang ternyata tidak berasas serta tidak relevan sama sekali,” katanya.

Menurutnya, tindakan yang memberi amaran agar Zuraida tidak menjalankan sebarang aktiviti atas kapasiti Naib Presiden sepanjang tempoh cuti adalah tidak perlu.

“Saya tegaskan komitmen beliau selaku Naib Presiden dipilih akan terus digerakkan atas dorongan semangat dan dukungan anggota parti,” katanya.


Beliau turut menyindir Lih Kang yang diam seribu bahasa apabila dua lagi Naib Presiden iaitu Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli yang bercuti lebih awal dan didakwa bersenang-lenang meninggalkan tanggungjawab diamanahkan tanpa sebab munasabah.

Sebelum ini Lih Kang berkata, sepanjang tempoh cuti itu, Zuraida tidak dibenarkan mengadakan sebarang program menggunakan jawatannya itu di mana-mana ranting dan cabang parti.

Pada 4 Februari lalu, Zuraida mengambil cuti dari pada semua jawatannya dalam parti sehingga lembaga disiplin parti itu selesai menjalankan siasatan berhubung satu ucapannya yang mengkritik pimpinan secara terbuka di sebuah hotel tahun lalu. – Sinar Harian

Kategori