Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Siput Gondang Bawa Rezeki...

TEMERLOH - Siput gondang biasanya dikaitkan sebagai perosak tanaman padi yang menyebabkan pesawah...

Komik Sulung Spider-Man Dilelong...

MINEOLA, New York - Rumah lelongan di Dallas, Texas, Amerika Syarikat berjaya menjual...

Ops Padu Banteras Rompakan...

PUTRAJAYA - Operasi bagi membanteras kegiatan rompakan di laut yang menyasarkan kargo petroleum...

Waytha Moorthy, Maszlee Kena...

KUALA LUMPUR - ‘Keletah’ dua menteri yang sejak kebelakangan ini kerap undang isu...

Shafie Apdal Hadir Sendiri Ke Istana Negara

JABATAN Ketua Menteri Sabah menafikan laporan bahawa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menghantar wakil untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mewakili dirinya.

Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu berkata, Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna dan Presiden Parti Warisan hadir sendiri ke Istana Negara hari ini.

Shafie memang hadir ke Istana Negara petang hari ini dan melakukan perkara seperti yang dibuat oleh Ahli Parlimen yang lain.

Kenyataan terbabit turut menyatakan adalah tidak benar mengatakan beliau menghantar wakil dan tidak diterima oleh pihak istana.

Terdahulu, sebuah media portal tempatan melaporkan Istana Negara hari ini tidak mahu menerima wakil yang dihantar Shafie untuk menghadap Al-Sultan Abdullah mengenai penubuhan kerajaan baru menurut seorang pegawai istana.

Dikatakan selepas perjumpaan dengan Ahli Parlimen yang berlangsung sejak semalam selesai petang tadi, pegawai berkenaan memberitahu pemberita Shafie dianggap tidak hadir kerana menghantar setiausaha sulit kanannya untuk pertemuan peribadi itu. – myMetro Online

Kategori