Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Dan Rosmah Akan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri akan memfailkan permohonan...

Nahas Bas: Isteri Pemandu...

MUAR - Isteri pemandu bas ekspres, yang cedera dalam kemalangan di KM137.3 Lebuh...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di negeri ini tidak banyak berubah pada tengah...

Jepun Ketatkan Kawalan Sempadan...

TOKYO: Jepun akan memperketatkan langkah kawalan sempadan ke atas pengembara dari China apabila...

Siapa PM Pakatan Kerajaan Baharu?

BABAK perkembangan politik negara semakin menarik apabila nama calon Perdana Menteri berlegar dalam kalangan pemerhati politik tempatan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini untuk mendapat perkenan mengetuai kerajaan campuran yang bakal dibentuk selepas ini.

Sementara UMNO dikatakan mencadangkan dua nama yang layak untuk dipertimbangkan ke jawatan nombor satu iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Semberong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sumber berkata, soal pelantikan Muhyiddin itu dikatakan dipersetujui Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beliau sudah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beberapa minggu lalu berhubung perkara itu.

“Tan Sri akan ke Istana Negara petang ini dan kita doakan semuanya lancar.


“Insya-Allah perkembangan politik tanah air ini akan selesai tidak lama lagi, mungkin Pakatan atau Perikatan Nasional. Kita tunggulah” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan hadir di Menara Dato Onn dipercayai ada kaitan dengan memuktamadkan perbincangan.

Beliau tiba jam 1.30 tengah hari tadi menaiki kenderaan berwarna putih dan terus ke ibu pejabat UMNO. – myMetro Online

Kategori