Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Buaya Tembaga 3 Meter...

KUANTAN - Seekor buaya tembaga sepanjang tiga meter berjaya ditangkap dalam satu operasi...

Kadar Inflasi Malaysia Mula...

PUTRAJAYA : Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi di Malaysia mereda...

50,000 Unit Vaksin Untuk...

IPOH - Kerajaan menempah 50,000 unit vaksin bagi menangani penularan wabak penyakit anjing...

Orang Bajau Laut Dipercayai...

KOTA KINABALU - Golongan Bajau Laut atau dikenali nomad laut dipercayai membunuh dengan...

Solat Hajat Mohon Keamanan

UMAT Islam di negara ini disaran melakukan solat hajat bagi memohon keamanan dalam menghadapi situasi politik yang mencabar berkaitan kedudukan tampuk kepimpinan negara.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya berkata, pihaknya akan menganjurkan solat hajat di semua masjid utama selepas solat Zohor, hari ini.

“Solat hajat akan diadakan di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bagi memanjatkan doa semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayah agar keadaan politik negara kembali stabil.

“Kita juga memohon doa mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Paimuzi berkata, Jakim juga memohon jasa baik dan kerjasama semua masjid di bawah Jabatan serta Majlis Agama Islam Negeri untuk turut mengadakan solat hajat.

“Saya menyeru kepada rakyat Malaysia supaya sentiasa bertindak dengan rasional dan mengutamakan keamanan serta keharmonian negara terutama dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku,” katanya. – myMetro Online

Kategori