Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Remaja Lelaki Maut, Basikal...

LAHAD DATU - Seorang remaja lelaki maut selepas basikal ditunggang dirempuh sebuah kereta...

Guru Dikait Gurauan Rogol...

KUALA SELANGOR - Kementerian Pendidikan (KPM) menempatkan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak...

Kadar Bayaran Lesen Memandu...

KUALA LUMPUR - Kadar bayaran bagi mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal kekal...

Samsung Lancar Note 4...

SEOUL - Pengeluar telefon mudah alih terbesar dunia, Samsung Electronics Co Ltd (Samsung)...

Suasana Politik Negara Sekarang Penuh Drama, Ekstrem

SHAH ALAM – Perkembangan politik negara mutakhir ini didakwa penuh dengan permainan, ekstrem dan drama.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau pasti pemimpin politik dan rakyat berasa terkejut dengan apa yang berlaku ketika ini.

Namun katanya, beliau bersangka baik apa yang berlaku adalah untuk menambah baik pentadbiran sedia ada yang secara relatifnya boleh dianggap sebagai gagal.

“Saya pasti rakan-rakan, seperti rakyat Malaysia yang lain, berasa sangat terkejut dengan perkembangan politik mutakhir ini, permainan politik yang agak ekstrim dan penuh drama.

“Saya mengambil sikap untuk bersangka baik bahawa seluruh babak dalam drama ini adalah untuk menambah baik pentadbiran sedia ada,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik di akaun Facebooknya hari ini.

Abdul Khalid berkata, tidak dinafikan terdapat watak politikus yang ketara bertindak demi mempertahankan kepentingan peribadi.

Menurutnya, apapun nama kerajaan baharu dan siapapun yang akan menerajuinya nanti, mereka hendaklah insaf dan sedar bahawa rakyat mahukan sebuah pentadbiran yang efisien, telus dan penuh bertanggungjawab.

“Tunaikan semua janji dan berhenti memberi alasan kerana rakyat cukup menderita serta bosan dengan alasan berhelah sebelum ini.


“Saya sangat berharap kerajaan baharu nanti mampu mengunjurkan strategi mampan dan efektif untuk menjana ekonomi negara dan memangkin perniagaan sekali gus mewujudkan peluang-peluang pekerjaan,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, memahami kegelisahan dan keghairahan rakyat ketika ini.

Katanya, semua pihak diharap dapat bersabar dan memerhati perkembangan politik secara waras sekali gus bertindak bijak apabila mengundi pada pilihan raya akan datang.

“Sesungguhnya itulah satu-satunya kuasa mutlak diperuntukkan kepada rakyat dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Semoga ALLAH SWT melindungi dan memelihara kesejahteraan negara Malaysia dan keseluruhan rakyatnya. Amin,” katanya. – Sinar Harian

Kategori