Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sultan Ibrahim Titah Pertimbang...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor menggesa pelbagai pihak berkepentingan untuk memikirkan kembali idea...

Saksikan Gerhana Bulan Penuh...

PORT DICKSON - Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh paling lama...

5 Tahun Baju Tidak...

KLUANG - Bukan seminggu atau sebulan sebaliknya lebih lima tahun pakaian lusuh tidak...

Lelaki Rebah Ditembak Tepi...

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki maut ditembak berhampiran keretanya dalam kejadian berdekatan lampu...

Sultan Ibrahim Rasmi Stadium Baharu JDT

ISKANDAR PUTERI – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan stadium baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.

Dengan perasmian itu, JDT akan menggunakan stadium baharu untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini bermula menentang Kedah pada aksi pembuka tirai Liga Super dan merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim jelas teruja dengan pembukaan stadium baharu itu sekali gus melakar sejarah buat kelab yang ditransformasi sejak 2013 itu.

“Tujuh tahun terakhir ini cukup hebat di dalam mahupun di luar padang untuk JDT dan pembukaan Stadium Sultan Ibrahim menandakan satu lagi sejarah buat Harimau Selatan.

“Selaku sebuah kelab, JDT berkembang sejak dari detik transformasi pada 2013. Kini kami berjaya mengatasi norma biasa dalam bola sepak Malaysia yang sering berusaha untuk mencipta penanda aras yang baharu bakal menaikkan standard dan mencabar batasan di peringkat antarabangsa,” kata Tunku Ismail.

Sepanjang pembinaan stadium yang bernilai RM200 juta sejak Januari 2016, Tunku Ismail adalah tonggak yang memainkan peranan penting dengan terbinanya stadium yang dianggap tercanggih di rantau Asia Tenggara itu.


Tunku Ismail sentiasa memantau pembinaan stadium berkenaan dan terbabit secara langsung apabila memastikan kedudukan stadium ini menerima cahaya matahari yang mencukupi bagi kebaikan pertumbuhan rumput.

Beliau juga memastikan kepingan cermin di keliling kawasan dalam stadium dirapatkan kedudukan kerusi penonton dengan padang selain meletakkan lampu LED berwarna merah, biru dan putih keliling luar stadium untuk pencahayaan.

Selain mampu memuatkan 40,000 penonton, stadium yang dibina di atas tanah berkeluasan 28 hektar itu adalah sebahagian dari Bandar Sukan JDT yang akan menempatkan beberapa fasiliti sukan yang bakal dirancang.

Reka bentuk stadium yang diilhamkan daripada bentuk daun pisang itu turut dilengkapi kemudahan padang jenis `zoysianā€™ dan ia mencapai piawaian yang ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selain sistem pencahayaan moden dan sisrtem bunyi yang canggih. – BH Online

Kategori