Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hubungan Tak Dapat Restu,...

KATA orang kalau tak ada restu keluarga, macam mana nak bahagia rumah tangga?...

Isu Samseng: Ramkarpal Diarah...

KUALA KUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh wakil rakyat pertama diarah...

Ramadan Di Malaysia Tahun...

PUTRAJAYA - Malaysia diramal mengalami keadaan cuaca panas dengan taburan hujan yang sedikit...

Bantuan Kerajaan Kini Lebih...

KUALA LUMPUR - Bantuan daripada kerajaan kini diagihkan dengan lebih tersusun berbanding diberi...

Tak Khianat UMNO Cuma Dedah Kelakuan Presiden – Lokman

KUALA LUMPUR – Bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam hari ini menafikan dakwaan beliau mengkhianati kepimpinan parti sehingga dilucutkan keahlian.

“Yang saya dedah pada umum adalah kelakuan presiden (Ahmad Zahid Hamidi) yang mengkhianati ahli-ahli UMNO untuk terima Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad,” katanya kepada media ketika ditemui pada majlis pelancaran NGO Laskar Siber, malam ini.

Terdahulu, Lokman dalam satu kenyataan berkata, beliau dipecat melalui undi angkat tangan yang tidak sepatutnya mengambil kira undian pengerusi negeri yang bukannya ahli Majlis Tertinggi.

Ia selepas Lokman membidas Zahid yang didakwa berkata, UMNO bekerjasama dengan perdana menteri kerana PAS melakukan perkara sama.

Katanya, UMNO memerlukan pemimpin yang sedia berjuang untuk rakyat, bukannya individu yang “berkompromi dengan golongan berkuasa”.

Lokman juga mengesahkan beliau menerima surat rasmi berhubung pelucutan keahliannya daripada UMNO, hari ini.

Jelasnya, surat yang bertarikh 10 Februari itu menyebut beliau dilucutkan kerana melanggar Fasal 20.8 perlembagaan parti itu.

Bagaimanapun, Lokman menegaskan beliau akan terus menyokong kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan setia dengan UMNO.

Ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan tersebut, beliau berkata pihaknya sedang membincangkan perkara itu dengan peguam.


“Kita tengok nanti, kalau mereka berjaya tubuhkan (Pakatan Nasional), maknanya saya bercakap benar. Dan, benda ni akan terpalit semula kepada mereka,” katanya.

Lokman turut mendakwa, terdapat usaha oleh Zahid untuk mendapatkan akuan bersumpah (SD) dalam kalangan ahli parti untuk menyatakan sokongan terhadap kepimpinan perdana menteri.

“Sekarang, SD tu berada di tangan Mahathir,” katanya.

Sementara itu, Lokman berkata pelancaran NGO barunya itu akan berperanan sebagai kumpulan pendesak dan pemerhati gerak kerja dan perjalanan politik Pakatan Harapan.

“Tetapi, pada masa yang sama kita akan menegur kepada mana-mana parti yang tidak berpaksikan jalan yang benar.”

Katanya, beliau akan memastikan Laskar Siber akan kekal menjalankan kerja NGO dan tidak bertukar menjadi parti politik seperi Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa). – FMT

Kategori