Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Sekarang Jho Low Berada...

KUALA LUMPUR - Media antarabangsa yang berpangkalan di Hong Kong, Asia Times dalam laporan...

Real Madrid Ikat ‘Messi...

MADRID - Real Madrid mengesahkan mereka menandatangani pemain remaja Jepun, Takefusa Kubo hari...

1,284 Kes Tangkapan Ular...

ALOR SETAR - Sebanyak 1,284 laporan membabitkan kes tangkapan ular diterima Jabatan Pertahanan...

Perjuangan Beradab Pilihan Wanita...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO, yang menjadi tulang belakang parti, akan terus...

Taliban Bantah Pelantikan Semula Ashraf Ghani

KABUL – Pemilihan semula Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani ‘menyalahi undang-undang’ dan menyifatkan pilihan raya ‘palsu’ itu tidak selari dengan proses damai, kata jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid pada Selasa lapor agensi berita Sputnik.

Terdahulu pada semalam, Ghani diumum memenangi pilihan raya presiden selepas memperoleh 50.64 peratus undi. Pengundian diadakan pada akhir September namun pengumuman keputusan ditangguhkan beberapa kali.

Mujahid dalam satu kenyataan juga berkata, Taliban turut membantah pelantikan Ghani sebagai presiden kerana ia ‘tidak memberi apa-apa erti’.

Sejak 2018, Amerika Syarikat dan Taliban berusaha mengadakan rundingan damai untuk mengundurkan tentera asing dari Afghanistan sebagai jaminan, kumpulan pemberontak itu tidak menjadikan negara tersebut sebagai tempat perlindungan kepada pengganas.

Bagaimanapun, perbincangan itu mengecualikan Afghanistan kerana Taliban enggan terlibat dalam rundingan dengan pihak kerajaan.

Terdahulu pada Februari, Washington dan Taliban bersetuju untuk mengurangkan keganasan selama seminggu, sebagai langkah pertama ke arah mencapai perjanjian damai antara kedua-dua pihak.

Kategori