Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

BN Tiada Masalah Berkempen...

KUCHING - Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah menjalankan kempen buat calonnya Datuk...

Mud Ball Mampu Rawat...

JOHOR BAHRU - Inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang menghasilkan bebola tanah...

Polis Marin Rampas Rokok...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah merampas 146 karton rokok...

Bayi Paling Gemuk Ketagih...

SEPASANG suami isteri di India terkejut dengan perkembangan anak mereka yang kini seberat...

UMNO Dijangka Muktamad Kerjasama Dengan Bersatu

SHAH ALAM – UMNO dijangka membuat keputusan untuk memuktamadkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) hari ini berhubung cadangan pembentukan kerajaan campuran.

Menurut laporan Malaysiakini, difahamkan dua mesyuarat akan berlangsung bagi membincangkan perkara itu.

“Jika tiada bantahan daripada Majlis Tertinggi (MT), kerjasama itu nampaknya akan menjadi kenyataan.

“Esok sebelah pagi akan berlangsung mesyuarat jawatankuasa politik, manakala sebelah petang MT UMNO dijangka membuat keputusan mengenai perkara itu,” kata sumber dalaman UMNO seperti dilaporkan Malaysiakini.

Spekulasi mengenai kerajaan campuran melibatkan Bersatu, UMNO dan PAS bermula sejak 3 Februari lalu berikutan pendedahan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengenai perkara berkenaan.

Lokman tampil membidas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. – Sinar Harian

Kategori