Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jenazah Pelajar Malaysia Maut...

TAIPING - Jenazah pelajar Malaysia, Amirul Ashraff Md Azhar, 22, yang maut selepas...

Dihukum Tidur Di Kubur...

PADAH... Gara-gara menyamar jadi pocong, dua remaja tempatan dari Kampung Bojong Liyo di...

Janin Bayi Perempuan Dalam...

PUTRAJAYA - Satu janin bayi perempuan ditemui di dalam timbunan sampah di sebuah...

Kes Denggi Di Labuan...

LABUAN - Kes denggi di pulau bebas cukai ini mencatat peningkatan, dengan 13...

UMNO Jangan Dibuai ‘Lamaran’ Politik – Tok Mad

KUALA LUMPUR – UMNO perlu membuat perbincangan di semua peringkat, berhubung ‘lamaran’ kerjasama yang dihulurkan supaya ia tidak membawa kemudaratan kepada parti.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata perkhabaran yang sedang berlegar bahawa UMNO akan dilamar untuk bersama-sama mengukuhkan kepentingan politik Melayu perlu dibincang dan dibahas secara mendalam dan jujur.

Katanya, apa jua ‘lamaran’ untuk UMNO menunjukkan parti ini didambakan semula dan menjadi terus berpengaruh.

“Namun, yang melamar haruslah jelas dalam tujuannya. Jika benar ia demi kepentingan Islam dan bertujuan mengukuhkan kepentingan bangsa, maka wajarlah lamaran itu difikirkan semasak-masaknya,” katanya dalam catatan terbaharu di laman sosialnya, semalam.

Dipercayai kenyataan itu merujuk kepada perancangan UMNO untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam membentuk satu pakatan baharu.

Rancangan itu disuarakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, ketika berucap merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO, kelmarin sebelum perkara itu didedahkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam.

Mohamad berkata, dalam perkara itu beberapa perkara perlu dipertimbangkan UMNO, antaranya mengambil kira tujuan kerjasama itu sama ada ikhlas dan strategik kepada kepentingan bangsa, agama serta parti atau sebaliknya.

“Adakah tujuan lamaran itu ikhlas dan strategik kepada kepentingan bangsa, agama dan parti? Akankah ia menguntungkan parti dan bangsa Melayu dalam jangka masa panjang? Juga adakah kemudaratannya kepada UMNO dan bangsa Melayu sekiranya ia tidak di laksanakan.

“Adakah jika lamaran itu ditolak, kedudukan dan kepentingan Melayu itu akan jadi lebih parah?” katanya.


Beliau juga menegaskan paling penting, dalam politik perjuangan parti tidak boleh dilupakan.

Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan UMNO tidak mudah menerima lamaran berkenaan.

“Sebagai pihak yang dilamar, UMNO janganlah terlalu berbunga-bunga di hati dan berasa terlalu didambakan. Jangan sesekali terburu-buru hanya kerana sekali dua telah bertentang mata. Pesona nafsu kekadang sangat merbahaya.

“Semua ini perlu diperhalusi sedalam-dalamnya. Janganlah kita gopoh. Berhikmahlah dalam perhitungan kita. Kita mesti ingat. Sesuatu yang kelihatan dan kedengaran terlalu baik itu, boleh jadi perkara yang sebaliknya,” katanya.

Mohamad berkata, beliau tidak terperangkap dalam permainan politik pihak-pihak tertentu dan UMNO tidak boleh berpecah-belah hanya kerana terlalu cepat menerima lamaran yang sebenarnya masih samar-samar dan sarat dengan tanda tanya.

“Sekalipun ingin menarik rambut dalam tepung, tepung jangan berselerak, jangan pula putus rambutnya. Jangan hanya baru mendengar guruh di langit, air di tempayan telah kita curahkan.

“Takut-takut, yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran. Ingatlah, hal yang demikian kerap terjadi,” katanya. – BH Online

Kategori