Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tiga Maut Dalam Dua...

DUNGUN - Tiga maut dalam dua kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2),...

Balu Mejar Zahir Pohon...

KUALA LUMPUR - "Saya mohon jangan dibangkitkan benda yang bukan-bukan berkaitan pemergian arwah...

Debat: Syed Saddiq Lawan...

KUALA LUMPUR - Siri pertama debat awam bertema 'Re:Action - Youth Engaged' anjuran...

PH Batal Projek Untuk...

KESAL... Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bidas tindakan Pakatan Harapan (PH) memberhentikan...

SPRM Mohon Waran Tangkap Jho Low, 2 Pengarah PSI

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengeluarkan waran tangkap dan menghubungi Interpol untuk mengeluarkan Notis Merah terhadap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low serta dua yang lain berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM memfailkan permohonan waran tangkap itu di Mahkamah Majistret di sini semalam dan permohonan itu didaftarkan di hadapan Majistret S Mageswary.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata selain Jho Low, dua individu yang dicari adalah Pengarah PetroSaudi International Limited (PSI) warga Arab Saudi, Tarek Obaid dan warga Britain, Patrick Mahony.

Latheefa berkata, semalam mereka didakwa tanpa kehadirannya (in absentia) terhadap pertuduhan konspirasi jenayah dalam membantu pengubahan wang berjumlah AS$69 juta (RM286 million) yang dikatakan berkaitan dengan 1MDB dan SRC International.

“Kami sudah mendakwa tetapi mereka tiada dalam negara, jadi waran tangkap terpaksa dikeluarkan semalam,” katanya pada Simposium Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 mengenai Permerkasaan Wanita untuk Melawan Rasuah, di sini, hari ini.

Latheefa berkata, SPRM diberi kuasa untuk mendakwa individu berkenaan walaupun mereka adalah warga asing yang berada di luar negara.


“Apa yang anda selalu dengar adalah jumlah (wang) dalam negara.

“Realitinya, kita bercakap mengenai (wang) di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga individu yang dicari itu mempunyai maklumat mengenai wang berkenaan.

Pada November lalu, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, ketika memberi keterangan pada perbicaraan terhadap Datuk Seri Najib Razak, memberitahu bahawa Jho Low berkonspirasi dengan Patrick dan Tarek untuk mengelirukan bekas Perdana Menteri itu. – BH Online

Kategori