Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Atap 41 Rumah Di...

KUALA TERENGGANU - Atap 41 buah rumah membabitkan 165 penghuni di Taman Fikri,...

Pengurus Kanan Pasdec Didakwa...

SEORANG pengurus kanan kewangan syarikat pelaburan hartanah Pasdec Holdings Berhad mengaku tidak bersalah...

1,600 Pokok Pisang Musnah,...

KUALA LANGAT: Seorang pekebun pisang mengalami kerugian dianggarkan RM25,000 apabila kebun pisang tanduk...

Lapangan Terbang Kulim Siap...

KAJANG - Kementerian Pengangkutan dan pihak berkuasa berkaitan sedang menjalankan kajian bebolehlaksanaan cadangan...

Warga Emas Mati Di Tengah Kota ‘Sepi’ Wuhan

WUHAN – Gambar seorang warga emas mati terbaring di siar kaki, lengkap memakai topeng muka dan memegang beg plastik, di tengah bandar sudah cukup bagi menggambarkan betapa seriusnya ancaman coronavirus (2019-nCoV) dihadapi China.

Virus yang dikesan berpunca di Wuhan itu sudah mengorbankan 213 orang setakat ini selain menjangkiti hampir 10,000 orang di China dan 20 negara lain.

Malah, tindakan kerajaan China mengisytiharkan perintah berkurung di Hubei, wilayah dengan hampir 57 juta penduduk, nampaknya tidak begitu berhasil mengekang penularan coronavirus.

Wartawan melaporkan, tiada siapa berani mendekati mayat lelaki terbabit sehingga dialihkan polis dan pegawai perubatan lengkap berpakaian keselamatan.

“Lelaki itu dipercayai tinggal berhampiran Wuhan Number Six Hospital dekat Jiang’an, iaitu kemudahan perubatan yang menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit dengan gejala coronavirus.

“Selepas meneliti mayat warga emas berkenaan dan menanggalkan pakaian perlindungan, pakar forensik yang berada di tempat kejadian kemudian dilihat membasahkan keseluruhan diri mereka dengan semburan penyahjangkitan,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai berbaris panjang di hospital, dengan ada yang sudah dua hari beratur bagi berjumpa doktor.

Wuhan adalah pusat penyebaran virus baharu terbabit yang dipercayai menjangkiti manusia menerusi kegiatan penjualan hidupan liar di pasar makanan laut, berdekatan kota di wilayah Hubei itu.


Wabak yang dikesan mula menular hampir ke seluruh dunia sejak Disember tahun lalu itu sudah mengorbankan 213 nyawa mengikut kiraan terkini termasuk 129 kematian di Wuhan.

Sejurus selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengisytiharkan ancaman 2019-nCOV sebagai darurat kesihatan global, Singapura dan Mongolia melarang kemasukan pengembara dari China.

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran perjalanan peringkat tertinggi menasihatkan rakyatnya jangan berkunjung ke China dan yang berada di situ supaya pulang segera.

Begitu juga dengan Jepun, Britain, Jerman yang turut mengesyorkan rakyat mereka elak mengunjungi China.

Kebanyakan syarikat penerbangan utama turut menggantung atau mengurangkan penerbangan ke China, Russia menutup terus sempadannya di sebelah timur manakala Papua New Guinea melarang sama sekali semua penerbangan dari negara Asia. – Agensi

Kategori