Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Aaliyah Yoong Ketuai Cabaran...

KUALA LUMPUR - Pemenang dua pingat emas Sukan SEA 2015 di Singapura, Aaliyah Yoong Hanifah akan...

Gwyneth Paltrow Disaman Kerana...

STATUS sebagai bintang Hollywood tidak menjadikan Gwyneth Paltrow kebal daripada tindakan undang-undang. Aktivis hak...

“Hadiah Istimewa Buat Ayahanda,...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menyifatkan...

Kelantan Mulai Dilanda Banjir...

KOTA BHARU - Banjir gelombang kedua di Kelantan sudah bermula hari ini dengan...

WARISAN Sokong Mahathir Sebagai Perdana Menteri

KOTA KINABALU – Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyokong kepemimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia, kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri di sini, hari ini, Mohd Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata pemimpin Sabah akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat negeri ini, dalam suasana politik negara sekarang.

Terdahulu pada sidang media selepas merasmikan persidangan pegawai-pegawai daerah Sabah di sini, Mohd Shafie berkata kerajaan negeri konsisten dalam menjalin kerjasama rapat dengan kerajaan persekutuan.

“Apa pun yang berlaku, kita punya langkah yang kita lakukan dari dahulu, kita konsisten…kita perlu kerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan.

“Sebenarnya perkara ini, WARISAN di luar Pakatan Harapan (PH), kita bukan dalam PH, kita kerjasama dengan PH,” katanya.

Justeru, Mohd Shafie berkata, WARISAN dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bekerjasama dengan PH sebagai sebuah pemerintah yang ada.

Menurutnya, itu (kerjasama) merupakan salah satu daripada inisiatif sebelum pilihan raya umum ke-14 dan kemudian bekerjasama rapat ketika membentuk kerajaan.


“Kita sedar perkembangan yang berlaku di sana, PH sudah buat ketetapan, jadi kita (Warisan) menyokong Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri dan mentadbir negara,” katanya.

Menurut Mohd Shafie beliau sudah mengeluarkan kenyataan sebelum PH mengadakan mesyuarat mereka (pada Sabtu lepas).

“Kita konsisten dan tidak berdolak dalih…Penting untuk kita ada kerjasama kukuh dengan kerajaan persekutuan.

“Yang penting rakyat di Sabah jadi keutamaan, rakyat di bawah perlu pembangunan dan peluang pekerjaan,” kata Mohd Shafie.

Kategori