Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Projek RTB Di Lembah...

CAMERON HIGHLANDS - Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Lembah Bertam di sini,...

Polis Kesan Pengasas Sindiket...

GEORGE TOWN - Polis sedang mengesan pengasas sindiket skim pelaburan JJ Poor To...

Ibu Derma Rahim Untuk...

BEIJING - Seorang wanita tempatan bernama Yang Hua di Ankang, wilayah Shaanxi mengadu...

Piala Thomas: Malaysia Tundukkan...

BANGKOK - Malaysia memulakan kempen Piala Thomas dengan langkah kanan apabila membenam Rusia...

Zahid Tanda Tangan 51 Cek Bernilai RM31 Juta

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menandatangani 51 keping cek berjumlah RM31 juta milik Yayasan Akalbudi yang digunakan untuk membuat beberapa pembayaran termasuk kegunaan peribadi.

Pengurus Affin Bank cawangan Jalan Bunus, S Rajen Taran, 40, berkata cek terbabit adalah untuk pembayaran kredit kad AmIslamic Bank dan Maybank, masing-masing berjumlah RM1,300,630.82 dan RM61,406.99 serta insurans dan cukai jalan kenderaan milik Ahmad Zahid sebanyak RM107,509.55.

“Cek itu juga digunakan untuk perbelanjaan pengurusan Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia pada November 2015 sebanyak RM1.3 juta, TS Consultancy & Resources bagi kerja-kerja pendaftaran pengundi berjumlah RM360,000.

“Ahmad Zahid juga mengeluarkan cek RM10 juta untuk meminjamkan dana itu kepada syarikat pengimport dan pembekal arang batu iaitu Armada Holdings Sdn. Bhd. serta ‘Bankers Cheque’ berjumlah RM17,953,185.21 kepada pemegang amanah Yayasan Akalbudi, Messrs Lewis & Co,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt.

Saksi pendakwaan ke-27 itu berkata demikian pada hari ke-13 perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang berdepan 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah jutaan ringgit.

Sebelum ini, ejen insurans syarikat Allianz General Insurance, Ahmad Izhan Abd Rashid, 40, yang adalah saksi pendakwaan ke-14 memberitahu mahkamah Ahmad Zahid membayar RM107,509.55 untuk membayar cukai jalan dan insurans bagi 20 kenderaan miliknya.


Pada 11 Disember tahun lalu, saksi pendakwaan ke-21, Ketua Pegawai Eksekutif Armada Holdings Sdn. Bhd., Datuk Wasi Khan @ Wasiyu Zama Israr, 50, memberitahu mahkamah pihaknya menerima dana berjumlah RM10 juta daripada Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid, 67, menghadapi 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya bagi pecah amanah (CBT), lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Kategori