Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Didakwa Tangkap Khalwat, Aiman...

BEBERAPA hari lepas netizen dikejutkan dengan kontroversi 'panas' di mana seorang penyanyi remaja...

Awie Realisasi Impian OKU...

HASRAT seorang lelaki kelainan upaya (OKU), Nabil Rosli yang mengimpikan bertemu dengan idola...

Pertama Kali 2 Serpihan...

BUAT julung kalinya, dua serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370, dipamerkan kepada orang ramai...

Hanya 30 Peratus Pengguna...

KEMAMAN - Sikap pengguna yang memandu laju dengan purata melebihi had kelajuan 110...

1,295 Sekatan Jalan Raya Selama 24 Jam Setiap Hari

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,295 sekatan jalan raya dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara sepanjang 24 jam setiap hari, dalam tiga syif melibatkan 15,000 anggota, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.  

Beliau berkata, 10 peratus daripada keanggotaan sekatan jalan raya kendalian PDRM bagi memperkasakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkenaan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

“Begitu juga dengan penugasan yang lain seperti meronda, membuat hebahan maklumat Perintah Kawalan Pergerakan dan Snapchat juga dilakukan 24 jam,” katanya dalam temubual khas pada program ‘Selamat Pagi Malaysia’ di saluran Radio Televisyen Malaysia di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata, 42,000 warga PDRM dan 6,000 pegawai dan anggota ATM terlibat secara keseluruhan dalam pelaksanaan PKP.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hamid berkata PDRM sedang berusaha mendapatkan stok tambahan bekalan peralatan perlindungan peribadi (PPE) seperti sarung tangan, penutup mulut dan hidung yang dijangka diperoleh tidak lama lagi.

Beliau berkata, PPE yang akan diperoleh itu nanti akan diagihkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara.


“Ini berikutan bekalan PPE didahulukan kepada petugas kesihatan, doktor, jururawat dan petugas hospital yang berdepan secara dekat menangani pesakit yang positif COVID-19. 

“Jadi keutamaan diberikan kepada mereka. PPE ini didahulukan kepada petugas kesihatan dan apabila mencukupi, ia akan diagihkan pula kepada PDRM, ATM dan lain-lain,” katanya yang menyedari keluhan pegawai dan anggotanya akan kekurangan bekalan PPE di lapangan.

“Abdul Hamid juga memohon warga PDRM untuk mengambil langkah penjagaan sendiri seperti mencuci tangan, menjaga jarak apabila pulang selepas bertugas serta mengambil insiatif membersihkan diri,” jelasnya.

Kategori