Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelajar Sambut Hari Jadi...

SHAH ALAM - Seorang pelajar dalam video tular yang ‘merelakan’ diri dipukul ketika...

Apa Kayu Ukur Kemakmuran...

KUALA LUMPUR – Apakah kayu ukur kemakmuran bersama ini? Itu persoalan pertama Naib Presiden...

Sasar Jualan 2,000 Unit...

SHAH ALAM - Honda Malaysia Sdn. Bhd. menyasarkan jualan 2,000 unit sebulan bagi...

Kedutaan Palestin Nafi Dakwaan...

Kedutaan Palestin di Malaysia dan dutanya tidak pernah meminta sumbangan untuk Palestin disalurkan...

2 Anggota Kabinet Baharu Sampaikan Khutbah Jumaat

SHAH ALAM – Dua anggota Kabinet baharu, masing-masing menyampaikan khutbah pertama mereka ketika solat Jumaat, hari ini.

Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan khutbah di Surau Al-Furqan Presint 11, Putrajaya dengan meminta sidang Jumaat supaya bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH SWT di saat negara sedang berdepan dengan penularan koronavirus (Covid-19) ketika ini.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, penularan Covid-19 boleh dianggap ujian daripada ALLAH.

“Marilah sama-sama kita meningkatkan takwa kepada ALLAH di saat negara sedang berdepan dengan ujian bahkan seluruh dunia dilanda wabak Covid -19 yang dianggap sebagai malapetaka atau ujian daripada ALLAH.

“Hayati firman ALLAH yang bermaksud: “Berlakunya kerosakan sama ada di daratan ataupun lautan disebabkan tangan-tangan manusia, tangan yang rakus tidak mempedulikan dosa pahala, tangan yang tidak mempedulikan halal haram, tangan yang tamak di atas muka bumi sehingga melakukan suatu perkara di luar batas kemanusiaan yang diizin oleh ALLAH.

“Lalu ALLAH mengirim kepada kita bala tentera-Nya yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia, menyerang hampir seluruh sama ada yang baik yang fasik dan soleh sama ada pemimpin orang kaya dan miskin,” kata Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.


Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary pula menyampaikan khutbah di Masjid Negara bertajuk ‘Kepimpinan’ dengan menjelaskan, kepimpinan adalah salah satu tanggungjawab yang sangat berat.

“Hakikatnya semua manusia adalah pemimpin. Kita semua telah pun diberikan amanah, sesuai mengikut kedudukan dan kemampuan masing-masing.

“Sama ada amanah terhadap diri sendiri, rumah tangga hingga kepada pengurusan negara,” katanya yang merupakan Ahli Parlimen Bachok.

Menurut beliau, seorang pemimpin bertanggungjawab terhadap masyarakat yang berada di sekelilingnya dan kedudukannya umpama paksi dalam sebuah bulatan. – Sinar Harian

Kategori